Baru berkesempatan nak bukak blog nie. Kalau balik awal pon tak larat nak hadap laptop, kat ofis dah berjam jam hadap laptop takkan kat rumah pon nak hadap laptop lagi. As I promised on my previous post, aku nak share first experienced kerja dengan company audit. Tapi sebelum tu, aku bukanlah kerja dengan audit firm yang besar besar tu, aku kerja yang company associates je.
Beza audit firm dengan associates firm nie, audit firm yang sign auditor dia tu laku untuk audit report. Untuk associates nie pulak, company yang menyiapkan audit report sebelum di hantar pada auditor. Akulah orangnya yang bertungkus lumus menyiapkan audit report tu. Sebelum nie aku keje dengan satu company kat Shah Alam, nama company tu dirahsiakan atas sebab sebab yang tertentu.
Masa mula mula masuk kerja tu aku kena buat account, aku ambik masa dua minggu jugaklah nak siapkan satu company tu. Even company tu dormain je, tapi well aku baru je nak belajar macam mana nak guna ubs so agak terkial kial sikit. Kat ofis tu staff semua perempuan, bos sorang je yang lelaki. First day lapor diri tak jumpa bos pon, aku ingatkan bos lambat masuk ke apa, rupanya memang the whole day dia tak masuk ofis. HAHA!
*gambar ihsan google
After settle account satu company nie, staff senior bagi aku buat account lagi untuk company active. Sale dia dalam 2M kalau tak silaplah. Untuk company nie aku ambik masa almost 1 bulan nak siapkan. File dia adalah dalam 16 file tebal tebal tu and account company nie la yang menyebabkan aku stress yang teramat sangat sampai balik rumah air mata mengalir tanpa dipinta. HAHA! Sebabnya masatu dah nak siap, but then aku terlupa nak key in satu lagi transaction untuk sale and purchase. Kalau aku tak key in nanti tak boleh tau customer mana yang dah bayar, berapa banyak lagi hutang kita. Time tu memang stress sangat sebab aku kena delete balik semua yang aku dah buat untuk sales and purchase.
So dalam masa dekat sebulan tu aku siapkan jugak account sebab senior nak buat audit report and lagipun masa tu ada lagi sebulan lebih je lagi untuk submit ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Tapi siapkan cepat cepat pon client lambat jugak bayar, untuk company tu je audit plus account plus tax fees dia total 13k sebab tu la dia lambat bayar.
Lepas settle account aku disuruh buat audit report untuk active company jugak. Sales dia pon million jugaklah. Seronok buat audit nie sebenarnya, tapi bila account dia banyak salah seronok jadi tension sebab nak kena buat audit adjustment. Ada satu company nie orang yang buat account dia ya ALLAH, stress aku tengok ledger, balance sheet, trial balance dengan income statement dia. Sales masuk account purchase, purchase masuk account sales, professional fees sampai 300k. Kalau professional fees sampai 300k memang puluh ribu la dia kena bayar tax. Aku hold company tu almost 2 months jugaklah sebab request supporting document director dia tak bagi bagi.
Benda paling tak best bila kena berhadapan dengan client kawan kawan bos. Macam macam kerenah nak kena hadap. Sebabnya bos terlalu sangat manjakan mereka, sebab tu apa sahaja yang dia nak kita kena turutkan. Sebab bos sangat menjaga client client yang terdiri daripada kawan kawan dia, fees yang dikenankan kat diorg tu lebih mahal berbanding dengan company lain. Banyak kerenah, document tak lengkap, susah nak berurusan semuanya susahlah. Audit report nak cepat, tapi audit fee tak nak bayar. Huh!
Kalau ada benda yang paling tak best, mestilah ada benda yang paling best. HAHA!
Benda paling seronok kerja kat sini ialah BOS JARANG MASUK OFIS. HAHA! Kalau dia masuk pon dalam 2-3 jam lepastu dia keluar balik. Bos sangatlah sporting, tak pernah sekali pon marah staff staff dia. Tiap bulan dia akan belanja staff dia makan kat mana mana tempat yang akan di request. Tapi adalah sekali tu dia tinggikan suara kat aku, tapi benda tu bukan salah aku pon.
Sebabkan benda tulah bos masuk ofis aku langsung tak pandang muka dia, tak tegur dia macam biasa, masuk bilik dia nak photostat pon aku buat dia tak wujud je. Sampailah dia tegur 'ada staff saya merajuk dengan sayalah, pandang muka saya tak nak, cakap dengan saya tak nak' then aku replied 'memang pon merjauk dengan bos' aku jawab macam tu lepastu dia terus gelak gelak. Sakit je hati tau. Kebetulan masa tu mesin faks tak boleh print dan masa tu aku ada dalam bilik bos tengah tunggu paper yang aku print. So aku pon tolonglah cek apa yang patut, rupanya ink habis.
Bos tanya kat kakak sorang nie
Bos : 'Siapa yang pandai betulkan?'
Kakak A : 'Linda yang pandai betulkan sebab sebelum nie pon dia yang tolong tukarkan ink tu.'
Bos : 'Sebab tu la saya sayang linda lebih sebab semua benda dia tau buat.'
Me : 'Tak payah nak ambik hati sangatlah bos.'
Bos : 'Uish garangnya staff saya nie'
Kakak A : 'Haa bos linda lagi garang dari saya tau'
Pandai bos nak ambik hati, dia bagi cash 300 ratus suruh pegi beli ink. Padahal harga ink tu baru 70 ringgit je. Pegi beli ink tu sampai 3 orang sekali keluar, dia buat relax je tak kisah. Siap suruh beli lagi apa apa yang nak makan. So kami belilah ice cream, coklat and apa lagi ntah tak ingat. Qila offer bos ice cream tapi bos tak nak dia kata tengah sakit gigi, tapi bila aku offer coklat dia ambik pulak terus makan. HAHA! Macam macam kerenahlah bos nie.
Tapi tak lama aku kerja kat company tu, 5 bulan je aku kerja kat situ and aku decide untuk tukar company. Sebab dia nanti aku bgai tau next entry. Maaf sebab entri kali nie panjang lebar. Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi cukuplah takat tu je. Nanti lain kali kalau ada masa lagi aku cerita lagi.
Assalamualaikum.

